Navigation : Follow | Dashboard
Fly at the cloud

Friday, May 11, 2012

Jadilah warga yang cintakan negaranya


Hari tu masa 28.4.2012 min ade dengar radio pasal jalan2 utama yang nak menuju ke dataran merdeka di tutup. Tapi min tak tahu pulak sebab ape. Maklumlah tv kat umah min dh x de maa dh bwk p umah bru kat bukit beruntung. Yang ade radio je la, tapi x pe radio lagi bagus sebab min kan dh ketagih nk dngr radio. Esok nya min pergi umah opah, mase min pergi tu kebetulan plak tv tgh kuar berita pasal perhimpunan bersih, ooo… bru min tau kenapa semalam jalan2 utama nk menuju ke dataran dorg tutup. Berita kat tv  tu menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tu. Boleh dikatakan pelbagai warga Negara kita dari negeri2 lain yang ade kat Malaysia nie sanggop turun KL sebab nk sertai. Sampai ade yang mencederakan pihak polis. Kereta polis pon dorg serang. Urm.. ape nak jadi dengan rakyat Malaysia nie? Lupa ke kita 5 prinsipm rukun Negara yang kita laungkan dari bangku sekolah lagi. 
1.      Kepercayaan kepada tuhan
2.      Kesetiaan kepada raja dan Negara
3.      Keluhuran perlembagaan
4.      Kedaulatan undang2
5.      Kesopanan dan kesusilaan

KEDAULATAN. Ape maksud daulat? Mungkin ramai yang ingat daulat tu bermaksud sesuatu yang kita kena ikut dan patuhi. Ataupun daulat tu berkaitan denagn raja. Tapi sebenarnya maksud kedaulatan tu kita memerintah Negara kita tanpa di pengaruhi oleh mana2 kuasa  selain dari Negara kita. Contohnya kalau kita nak bina lagi satu KLCC pon kita boleh je, tak payah nak minta pendapat or kelulusan dari Negara lain. Tu la maksud daulat. Tapi klu macam nie rakyat malaysia bertindak menyertai ape2 je jenis perhimpunan yang  boleh mengugut keamanan Negara nie kite kena ingat klu kita sendiri yang mengugat keamanan Negara nie lagi la senang kuasa luar nak masuk ke Negara kita, dorang boleh campur tangan. Adakah kita ingin di jajah semula? setelah susah payah tokoh2 kemerdekaan memperjuangan kemerdekaan untuk kita adakah kita sanggup menjadikan  perjuangan mereka satu kesia- siaan? Mainkan peranan anda sebagai rakyat Malaysia yang cinta kan Negara kita Malaysia. Kekalkan kedaulatan yang sedia ade jangan biar kan kita sendiri yang menhilang kan kedaulatan Negara kita. Setiap dari kita yang bergelar rakyat Malaysia yang mempunyai IC dan lahir kat Malaysia nie ade tanggung jawab terhadap Negara kite nie iaitu kekalkan keamanan yang sedia ade jangan biarkan kite KEHILANGAN KEDAULATAN Negara kita. Bukannya nk suruh kita tuntut kemerdekaan lagi macam org dulu susah payah memperjuangkan agar Negara kita nie merdeka tapi, kita kena kekal kan je keamanan tu susah sangat ke? Pikir2 kanlah, jadilah warga Negara yang cintakan negaranya sendiri.