Navigation : Follow | Dashboard
Fly at the cloud

Friday, September 7, 2012

merdeka 55 tahun. cerita pengorbanan dan perjuangan


Tanggal 31 ogos 2012, Malaysia mencapai  kemerdekaannya buat kali yang ke-55 tahunnya. Perjuangan untuk mendapatkan kebebasan dan hak untuk mentadbir sendiri , negara Malaysia yang sebelum ini bernama tanah melayu sebelum kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah. Tokoh kemerdekaan pada zaman dahulu berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan tanah ini dapat di perintah oleh bangsanya sendiri tanpa campur tangan dari kuasa asing.  Dato ONN telah menubuhkan sebuah parti yang dapat menyatukan  bangsa melayu di tanah air ini iaitu UMNO.
Namun perjuangan ONN bukanlah mudah apabila dia menyedari pada masa tanah melayu ini dalam proses memperjuangkan kemerdekaannya telah wujud pelbagai bangsa yang bebilang kaum di tanah air ini. ONN cuba membuka keahlian UMNO kepada kaum yang lain di Negara ini tapi di bantah oleh ahlinya kerana UMNO bermaksud United Malays National Oraganisation. Sebuah parti politik yang di khaskan untuk orang melayu di tanah melayu ini. Niat Onn adalah mulia untuk menyatukan kita semua, tetapi tidak mungkin dapat diterima oleh kita kerana parti ini adalah parti kita orang melayu. Dengan itu Onn membuat keputusan keluar dari UMNO dan menubuhkan sebuah parti yang di anggotai oleh pelbagai kaum. Namun usaha Onn tidak mendapat banyak sokongan. Setelah Onn keluar dari Umno Tunku mengambil alih tugas Onn, untuk mengetuai Umno.
Tunku meneruskan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tanah melayu ini. Tunku perlu pergi ke London untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British, tetapi tidak mempunyai belanja yang cukup untuk ke sana. Ahli Umno yang ada dan mengetahui akan hal ini menyerahkan wang dan perhiasan yang mereka ada untuk perbelanjaan tunku ke sana. Namun rundingan kemerdekaan yang pertama tidak Berjaya. setelah dua kali berunding dengan pihak British akhirnya mereka bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu ini, dan tarikh 31 ogos 1957 telah di pilih sebagai tarikh keramat kemerdekaan tanah melayu. Pilihan raya yang pertama telah  memperlihat kan parti perikatan iaitu parti yang di sertai oleh Umno, MIC dan MCA yang mana masing-masing menjaga kepentingan kaum masing telah memenangi  dengan majoriti. Ini telah membuktikan  rakyat Malaysia walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa tetapi tetap  boleh bersatu di bawah satu Negara yang sama dengan aman dan tolenrasi.


Namun pada sambutan ke-55 tahun Malaysia merdeka ada pihak yang cuba menggangu keamanan yang sedia ada dengan mengibarkan bendera “baru” dan membuat huru hara. Adakah mereka lupa pada pengorbanan yang telah dilakukan oleh tokoh terdahulu? Bagaimana mereka memperjuangankan kemerdekaan sehingga kita dapat menikamati keamanan dan kemakmuran yang sedia ada ini. Sekiranya Onn dan Tunku masih hidup tentulah mereka akan berasa amat sedih. Jangan sia-siakan perjuangan mereka. keamanan yang kita kecapi dan nikmati pada saat dan ketika ini adalah hasil dari perjuangan dan pengorbanan mereka. Kita sebagai generasi yang lahir selepas merdeka haruslah mengekalkan keamanan dan kedaulatan Negara kita dan bukannya memusnahkannya sekelip mata di sebabkan kejahillan kita sendiri dalam menilai. Jangan lupa kepada rukun Negara kita yang ke-5, KESOPANAN DAN KESUSILAAN. Marilah kita sama-sama mengekalkannya dan bukan mengadaikannya. Sentiasa berpegang teguh kepada lima prinsip ini :

1.      KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN.
2.      KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3.      KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4.      KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5.      KESOPANAN DAN KESUSILAAN.


Walau di mana kita berada di muka bumi tuhan, yang esa ini sentiasa ingat kepada lima prinsip ini selagi kita masih bergelar rakyat MALAYSIA. Walaupun kita mungkin mempunyai perbezaan tetapi kita adalah satu sebagai rakyat Malaysia.