Navigation : Follow | Dashboard
Fly at the cloud

Monday, November 12, 2012

vaksinasi HPV


                  Post min hari nie lain dari yang lain sikit tajuk die. Nak cite pasal wanita dan kesihatan. Dah macam budak belajar biology plak ari nie huhuhuu (>///<).  Sape tau ape tu vaksinasi HPV? HPV tu stand for Human Papillomavirus (HPV). Dalam perbentangan dasar  bajet 2012 kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM50 juta, (tengok betul-betul RM50 juta tu) untuk program vaksinasi secara PERCUMA kepada wanita yang layak. Target audient untuk program ini adalah wanita yang berumur 18 tahun bagi mencegah kanser servik atau kanser pangkal rahim. HPV adalah penyebab utama yang disebarkan melalui hubungan seks. Setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV. Kanser servik terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua jangkitan HPV akan menyebabkan kanser servik atau kanser pangkal rahim.

         Di Malaysia, kanser servik atau kanser pangkal rahim adalah kanser ketiga paling kerap dihidapi wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektum. Mengikut rekod daftar kanser kebangsaan 2007, kanser servik merangkumi 8.4% daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia. Bagi wanita yang telah melakukan hubungan seks, ujian pap smear masih perlu dilakukan secara berkala walaupun telah menerima 3 dos vaksinasi HPV. Vaksinasi (3 dos) yang diberi dapat mencegah (70%) kanser servik akibat jangkitan HPV.
Criteria wanita yang layak di bawah program ini:
  • ·         Wanita warganegara (MALAYSIA) yang berumur 18 tahun.
  • ·         Tidak hamil
  • ·         Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan    kedua.
  • ·         Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.

  • Tempat untuk mendapatkan vaksinasi : di klinik-klinik yang tersenarai di laman sesawang LPPKN. (www.lppkn.gov.my) talian nur : 15999
             Min dah dapatkan suntikan pertama mase 9.11.2012, hari tu dos kedua kena ambik pada 7.12.2012 dan dos yang terakhir insyaallah bulan empat tahun depan. Sebab kan kiteorg lahir pada tahun 1993 jadi tahun ini adalah tahun terkhir untuk mendapatkan suntikan vaksinasi HPV tu secara Percuma. Setiap dos berharga sebanyak RM200. Jadi 3 dos mengambil harga sebanyak RM600, untuk melengkapkan ketiga-tiga suntikan. Peringatan kepada kawan-kawan (wanit sahaja)  yang lahir tahun 1993 jangan lupe ambik vaksinasi HPV ini di klinik yang tersenarai di laman sesawang lppkn, sebelum berakhirnya tahun 2012 ini secara officialnya. Tahun depan atau tahun-tahun akan datang kena bayar sendiri tau? So, rugi kalau tak ambil. Hee J