Navigation : Follow | Dashboard
Fly at the cloud

Sunday, July 12, 2015

Kisah di hujung Ramadhan


 Rasa macam da lama je min tak update blog nie. Last post min kat blog ni mungkin da setahun lebih kot ataupun da dua tahun. Maknanya da setahun lebih or dua tahun la min tinggalkan blog nie “bersarang” dan “terbiar”. Teruk betul kan min ni? Haha. Da lama tak update blog tapi ada hati nak jadi penulis mimpi jela min.

Ok, sebenarnya nak share cite ngan korang tentang update terbaru min… sekarang min tengah sibuk dengan shooting video untuk subjek “Videography”. Sedar tak sedar da third last semester da sebelum min habis degree ni. Sebenarnya update blog ni bukan nak cite pasal progress assignment min tapi nak cite pasal satu kejadian. Kejadian ape tu? Huh, jeng..jeng..jeng…

Nk dijadikan cerita satu hari ni min dan kawan-2  baru habis shooting video dekat Gombak, dan oleh kerana sekarang nie bulan puasa min dan kawan-2 terpaksa la buka puasa diluar kerana masa mencemburui kami untuk pulang ke shah alam dan memasak untuk berbuka puasa. Jadi kami pun buat keputusan untuk buka puasa di One Utama (itu adalah mall yang terdekat masa on the way balik shah alam yang kita orang lalu), sampai kat mall da reserve tempat untuk buka  puasa min dan kawan min pecah dua.

Sebab setengah nak pergi beli baju kerana da basah danber bau kuda berikutan shooting video kat Gombak tu.  Min dengan kawan min lagi sorang pergi sembahyang asar dulu. Lepas min dengan kawan min habis sembahyang kiteorang pun tunggu kawan kite orang yang lain depan kedai makan yang kite orang da reserve tu.

Syukur itu Indah

Masa kiteorang duduk kat depan kedai tu ada seorang pakcik ni duduk kat sebelah kerusi kiteorang tegur min. Hah, ape yang dia tegur min? hehe ni nak cite la ni. Dia Tanya min “Adik dari Kuala Selangor ke?” Min jawab “tak saya dari Shah Alam”. Lepas dia tanya min soalan tu dia bersembang dengan min. Pak cik tu cakap dia dari Kuching, Sarawak da tiga tahun duduk kat Semenanjung.

 Pak cik tu cakap lagi “Pak cik tengok orang zaman sekarang belum pukul 7 lagi restoran dan penuh dengan orang, kalau zaman pak cik dulu kat Sarawak pukul 4 Petang orang da sibuk balik rumah, dapur da berasap (masak) nak kejar berbuka puasa dengan keluarga”. Pak cik tu tambah lagi “sekarang orang sanggup datang dari rumah nak buka kat Mall dan nak makan kat restoran yang mahal-2 je”.

Hurm tapi min rase ada betul jugak ape yang pak cik tu cakap. Memang orang zaman sekarang sibuk pilih nak buka puasa kat tempat yang up to date and ada kelas je, maybe sebab dorang nak post kat akaun social media dorang yang dorang buka puasa kat tempat yang berkelas. Sekarang bukan perkara yang pelik bila kita tengok orang pos gambar dorang makan apa kat akaun social media diorang, maybe it’s have become a trend.

Sebenarnya apa yang min nak sampai kan moral of the story is… kalau kita ada peluang untuk buka puasa dengan keluarga kita kat rumah itu adalah lebih baik dari membazir keluarkan duit sampai RM30 or more semata-2 untuk beli makanan untuk buka puasa. Bukan ke bulan Ramadhan adalah bulan yang kita patut belajar bersyukur dan bersederhana?.
Ramadhan tinggal beberapa hari Cuma, Min harap kita semua dapat menghargai saki baki bulan Ramadhan ini dengan penuh kesederhanaan dan bersyukur. Sekiranya kita diberi peluang untuk berbuka puasa di rumah itu adalah yang terbaik. Kerana kita dapat bersederhana dan meluangkan masa bersama ahli keluarga.

Salam Ramadhan semua dan Selamat Hari Raya.